Friends of WG17

Like Us if YOU Want :)

Friday, December 24, 2010

MALAYSIA vs Indonesia


Assalamualaikum , yeah sja nk mencelah post psai bola . jom , ramai2 kita sokong skuad Harimau Malaya kita . td ada baca Harian Metro , dpa temu ramah Rajagobal psai Ahad neyy . ney kata Ketua Jurulatih kita ,,

Rajagobal :  Skuad Indonesia bakal kaku dan lesu di Stadium Bukit Jalil kerana final pertama Piala AFF , Ahad ney adalah aksi sulung mereka di luar Jakarta selepas selesa bertarung di hadapan penyokong sendiri sepanjang saingan awal peringkat kumpulan dan separuh akhir .

yeah , demikianlah kata-kata dari ketua jurulatih skuad bola sepak negara . (ayat metro la pulokk, hha~) hmm , sbelum2 ney depa mana pnah braksi luaq glanggang diorg . time peringkat kumpulan pn kita lawan kt tmpt depa . time sparuh akhir lawan flipina , sparuh akhr first lawan kt indon , second spatutnya lawan kt flipina pulakk , tp flipina xde glanggang , so lwn kt tmpat diorg lg . conclusion, diorg xpnah braksi di glanggang lawan , beza dgn skuad kita , berpengalaman lwn kat Stadium Gelora Bung Karno , Indonesia & Stadium MyDinh , Vietnam . so , ahad ney kita ada banyak advantage . lg satu temu bual dgn captain skuad bola Malaysia Safiq Rahim .

Safiq : kami tak gentar kalau penyokong indon lebih ramai drpd penyokong negara ahad ney , kerana kami sudah lali dgn penyokong2 Indonesia yg agk fanatik ini . ini semua xkan menjejas pun permainan kami pada final , ahad ini .

FINAL (leg 1) , 26 Dis 2010 , Stadium Nasional Bukit Jalil , Malaysia
FINAL (leg 2) , 29 Dis 2010 , Stadium Gelora Bung Karno , Indonesia
MASA : 8:00 mlm 
TV : RTM 1 & Astro channel 801 (Arena) atau 813 (Super Sport)

MALAYSIA BOLEH ! ! !
HARIMAU MALAYA BOLEH ! ! !  

sama-sama lah kita berdoa kepada Allah , moga diberikan kemenangan kepada Malaysia , amiin ~


p/s : sory  kpd WG17 kalau ada yg xsuka aku post psai ney , tp aku taw hmpa smua pn minat bola kn ? so , sama2 kita doakan kejayaan skuad kebangsaan , :)

No comments:

Post a Comment